Skip to content
Cinta Ruqyah Syariyyah
Cinta Ruqyah Syariyyah
CintaRuqyah.Com
  • Beranda
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • ALAMAT PRAKTISI RUQYAH SYARIYYAH
  • PENGURUS CRS 2024-2029
  • Beranda
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • ALAMAT PRAKTISI RUQYAH SYARIYYAH
  • PENGURUS CRS 2024-2029

MELEPAS KHODAM JIN PADA SEORANG NENEK

Nenek Berusia 108 Tahun, Taubatnya & “Zikir Pagi & Petang”

Awal tahun 2020 semasa bertugas sbgai Imam Litar disebuah masjid. Suatu hari ada sekumpulan pakcik² berkumpul di luar masjid bersembang, salah seorg pakcik sedang mengaru-garu kepalanya.

Sebaik keluar dari masjid, pakcik² tu panggil & bgtau “Ustaz… ni abg mie(bukan nama sebenar), tok dia pi berubat merata dah tp tu la payah dok nazak macam susah nk mati kat banyak tahun dah. Umoq pon nk ikut dh habih usia.”

Selepas itu sy & abg mie pon tetapkan waktu utk berjumpa di rumahnya pd sebelah petang selepas solat asar.

Selesai solat asar sy pi ke rumah abg mie. Masuk ke pintu hadapan rumah kelihatan seorg tua sedang terlentang diatas sebuah tilam dlm keadaan badan yg kelihatan cuma tinggal kulit² badan shj yg membalut tulang.

Kemudian dialog sy bermula dgn nenek ni disaksikan oleh anak²nya,cucu²nya, cicit²nya & piut²nya yg masih kecil.

Sy mula bertanya tentang adakah benar yg beliau ada ‘membela'(jin) seperti yg dikatakan cucu² & anak²nya. Nenek ni mengangguk-angguk. Kemudian sy kata “Nenek…sy akan mati, kita semua akan mati & mesti kita ada keinginan nak berkumpul di Syurga dgn keluarga kita nanti”.

Tiba² nenek ni menitiskan air mata dari dua kelopak matanya & melihat diatas alang rumahnya yg berkedudukan bertentangan dgn tempat dia terlantar baring sambil mulut seperti bercakap dgn sesuatu.

Kemudian sy kata “Apa kata nenek bgtau dia(jin) yg nenek x mau dh kt dia”. Nenek tu tiba² dgn riak wajah yg seperti marah mengelengkan kepala seperti xmau.

Selepas kali ketiga pujuk, sy kata di tepi telinganya sekali lg dlm nada sebak “Nenek…Kalau nenek taubat Allah akan terima taubat tp klau nenek mati dlm keadaan syirik xleh nk masuk Syurga.”

Kemudian nenek ni tiba² menangis dgn kuat, semua org dlm rumah masa tu terlopong.

Lepas tu baru sy tnya semula “Nenek setuju lepaskan dia(jin)?”

Nenek ni mengangguk-angguk tanda setuju.

Kemudian nenek ni angkat tangan & anaknya pun mendekatinya & mendengar pertuturan nenek ni.

Selesai bercakap dgn anaknya, anaknya masuk ke bilik mengambil bekas celak yg digunakan nenek ni dlu untuk berhias & juga selalu dibacakan beberapa jampi dgn menyeru nama² tertentu untuk menaikkan seri wajahnya pada masa mudanya.

Bekas celak ni kemudiannya sy siram dgn air ruqyah & kemudian nenek ini juga di ruqyah beberapa kali.

Sebelum balik sy menulis di kertas beberapa zikir² pagi & petang yg mudah untuk dibaca & diamalkan nenek ni.

Selepas 3 hari nenek ini kembali menemui Tuhannya dlm keadaan mentauhidkanNya selepas selesai membaca zikir pagi seperti yg diceritakan anaknya.

Benarlah sabda Rasulullah SAW:

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ

Maksudnya: “Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya.” [Riwayat al-Bukhari]

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

ALLAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG, PENJAGA & PENYEMBUH

Kredit : Muhammad Munir Zakaria
Gambar sekadar hiasan

Category: Uncategorized24 January, 2022Leave a comment
Share this post

Author: Syuhada Hanafi, S.Pd.I

Founder CRS, Trainer International CRS / QHI

Related posts

IKUTI DAN HADIRILAH KAJIAN RUQYAH MEMBONGKAR AKAR KESESATAN
22 September, 2025
MERUQYAH PASIEN YANG MEMILIKI LAFADZ ALLAH
20 October, 2024
Pandangan Sihir dalam kitab Tafsir PART 2
20 October, 2024
kesurupan-di-bulan-ramadhan
Kok Bisa Kesurupan di Bulan Ramadhan?
12 March, 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.

clear formPost comment

RECENT POSTS
  • IKUTI DAN HADIRILAH KAJIAN RUQYAH MEMBONGKAR AKAR KESESATAN
    22 September, 2025
  • MERUQYAH PASIEN YANG MEMILIKI LAFADZ ALLAH
    20 October, 2024
  • Pandangan Sihir dalam kitab Tafsir PART 2
    20 October, 2024
  • kesurupan-di-bulan-ramadhan
    Kok Bisa Kesurupan di Bulan Ramadhan?
    12 March, 2024
  • RUQYAH MASSAL JAKARTA BARAT
    12 July, 2023
Ads




POPULAR POST
  • 102SIHIR PERCERAIAN / PEMISAH
  • Cinta Ruqyah Syariyyah10 DAMPAK BURUK BAGI PEMINTA SIHIR
  • cicakCICAK PEMBAWA SIHIR
  • CARA RUQYAH MANDIRI UNTUK YANG TERKENA ‘AIN DAN HASADCARA RUQYAH MANDIRI UNTUK YANG TERKENA ‘AIN DAN HASAD
  • Screenshot_2019-09-18-19-39-15-951_com.facebook.katanaIndikasi jin keluar dari tubuh
AL-QURAN ONLINE
  • The Noble Quran
Cinta Ruqyah Syariyyah
© 2018 CintaRuqyah.Com
Cinta Ruqyah Syariyyah