Alhamdulillah misi kedua di Aceh Besar diteruskan, saya mendatangi rumah pesakit yg dahulu pernah berubat dengan saya 2 tahun yg lalu ketika di penang dahulu, yg mana beliau pernah mendapatkan rawatan penyakit kista ( kanser dileher ) di hospital terkenal pulau pinang, sambil2 diruqiyah oleh saya ketika dtg berubat ke penang, Malaysia, Alhamdulillah saya dimaklumkan kansernya sudah sembuh.
Saya dimaklumkan juga sejak beberapa bulan yg lalu, pesakit tersebut mengalami gangguan jin yg tujuannya utk sihir pemisah yg mana kesannya tak boleh lihat suaminya dirumah, ada rasa benci dan muak bila suaminya berada dirumah.
Menurut ceritanya juga mereka dari dahulu memang sudah lama ada orang yg sihir mereka, sehingga ayah mereka meninggal kerna mengalami penyakit2 aneh dan komplikasi berbagai penyakit fizikal seperti ginjal tidak berfungsi ( buah pinggang rosak ) sehingga sampai ajalnya. Semoga arwah diampunkan segala dosa dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman, Aamiin….
Saya berusaha semampunya mencari jalan menyelesaikan permasalahan yg keluarga tersebut alami.
Langkah pertama adalah sesi pembersihan iaitu mencari sumber gangguan jin ada dirumah, iaitu mencari barang2 pusaka yg disimpan atau disayang utk menjaganya, krn barang pusaka lama yg kita suka menyimpan nya boleh menjemput kehadiran jin dirumah kita.
Langkah kedua mencari barang2 pemberian Seseorang sama ada dari dukun atau ustaz dukun ( uskun) yg memberikan kepadanya, begitu juga barang hadiah daripada kawan2 yg ada pengaruh sihirnya atau khodam jin yg menjaga barang tersebut.
Langkah ketiga mencari buhul2 sihir yang ada dirumah tersebut sama ada buhul ghaib dan buhul zhahir.
Alhamdulillah dengan izin dan pertolongan Allah SWT kami dapat mengesan beberapa titik pusat tempat2 keberadaan jin berada, dapat mengesan buhul2 sihir yg dikirim melaui tiupan mantera, dan terakhir kami menemukan titik pusat sihir melaui percikan bekas mandi orang mati.
Kerana bahan sihir yg digunakan berupa bahan cairan, sehingga menyulitkan utk mencarinya sebab sudah menyatu dengan tanah dan batu, maka kami cuba semprotkan dengan air ruqiyah, ternyata masih ada sisa sihir lagi, maka kami korek lagi langkah selamat buang semuah tanah dan batu yg dirasakan membuat pesakit tersebut sakit kepala, pening, mahu tumbang, bau bangkai.
Alhamdulillah selepas kami angkat semua bekas media sihir tadi maka hilanglah pengaruh sihir yg ada ditanah dan batu itu.
Langkah keempat baru melakukan ikhtiar pemagaran rumahnya dari gangguan jin dan sihir serta mengajak keluarga tersebut utk membaca surah Al-baqarah setiap malam setakat kemampuan tidak harus selesai mlm tu juga, biarlah sedikit ayat yg dibaca yg penting amalannya berterusan.
Semoga Allah SWT melindungi keluarga tersebut dari serangan sihir lagi dan semoga diberikan kesembuhan yg sempurna, Aamiin….